Assalamualaikum, My name is Asyraf and i love One Piece. I have started blogging since March 2014. Please follow my blog and my other blog SAT Blog. Thank You for visitting.

Belajar Dari Kegagalan


SEBAGAIMANA KEJAYAAN, BEGITU JUGA KEGAGALAN. IA TIDAK PERNAH MENGENAL SIAPA. IA BOLEH MENIMPA SESIAPA SAHAJA TANPA SEDIKIT PUN MEMANDANG BULU. IA JUGA DATANG DAN PERGI TANPA MENGIRA WAKTU. BILA-BILA MASA DAN TANPA SEDIKIT PUN DAPAT DIGUGA


     Namun jangan sekali-kali takut akan kegagalan! Orang yang takutkan kegagalan itu bermakna dia adalah seorang yang tidak mahu mengambil risiko

Orang yang tidak berani mengambil risiko sebenarnya adalah orang yang kalah. Dalam sesebuah peperangan, pihak yang kalah itu akhirnya menjadi hamba kepada yang menang.

    Kegagalan memang tidak diharapkan sama kali. Bahkan, kedatangannya adalah perkara yang paling tidak disukai. Itulah sebabnya pelbagai ikhtiar dilakukan semata-mata mahu mengelak daripadanya. Walau bagaimanapun, apabila ia datang juga, kita tidak seharusnya mengelak! Tidak sepatutnya kita menamatkan kegiatan yang sedang dilakukan! Kita tidak seharusnya berundur, apatah lagi berasa kecewa!

JADI?  Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan ialah, terima sahaja kegagalan itu denga jiwa yang besar, lapang dada, bersikap optimis dan penuh dengan senyuman!
SEBAB?  Kegagalan itu adalah permulaan untuk sebuah kejayaan. Maknanya, anda sekarang sudah semakin dekat dengan apa yang dicita-citakan! Iaitu kejayaan!

    Di sinilah letaknya makna ungkapan yang berbunyi KEGAGALAN ADALAH GURU YANG TERBAIK.

Tetapi, sebuah kegagalan itu tidak akan memberi apa-apa makna jika kita tidak menyingkapinya dengan baik. Bahkan sebaliknya, ia boleh bertukar menjadi virus yang jahat pula! Virus yang boleh mematikan jika tidak menyingkapinya dengan betul. 

    Apa jua yang Allah Ta'ala jadikan di dunia ini, pasti ada hikmahnya. Begitu juga denga sebuah kegagalan. Ia turut mengandungi seribu satu manfaat di sebaliknya. Bahkan, kita boleh belajar dari kegagalan itu.

 
Bukan sedikit orang yang berjaya di dunia ini bermula dari kegagalan. Thomas Alfa Edison misalnya, berjaya mencipta lampu setelah 10,000 kali menempa kegagalan. Dan hasilnya, tengoklah sekarang. Seluruh pelusuk dunia menikmati hasil kejayaannya!

    Oleh itu, jangan takut untuk berhadapan dengan kegagalan. Mulalah melangkah kerana pintu kejayaan itu sentiasa terbuka luas.

Leave a Reply